Khamis, 12 Ogos 2010

Pengajaran Langsung

Pengajaran langsung merupakan satu pendekatan untuk pengajaran kemahiran-kemahiran asas, di mana pelajaran terarah matlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur. 

Berdasarkan Arends (2001), pengajaran langsung adalah satu cara berkesan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiran asas kepada murid. Jenis pengajaran yang terarah dan mengikut satu struktur tetap dengan langkah-langkah spesifik untuk membimbing pelajar ke arah mencapai hasil pembelajaran yang eksplisit. 

Guru akan mengekalkan kawalan lokus terhadap proses pengajaran dan memantau pembelajaran pelajar sepanjang proses. Keistimewaan pengajaran langsung termasuklah menyampaikan maklumat yang banyak dalam masa tertentu. 

Oleh sebab model ini terarah guru, maka guru mereka cipta perkembangan pengajaran yang sesuai dengan umur pelajar dan berperingkat-peringkat.






Sistem Behavioral

Umumnya berasaskan teori pembelajaran sosial, modifikasi tingkah laku dan terapi tingkah laku memberi hala tuju kepada pembentukan model pengajaran. Mengambil kira pengetahuan tentang cara manusia memberi respons terhadap tugas-tugas dan maklum balas, ahli psikologi seperti Skinner (1953) telah dapat mengorganisasikan satu struktur tugasan dan maklum balas demi memudahkan manusia berkebolehan dalam membetulkan diri supaya dapat berfungsi. Hasil daripada itu, terdapat program untuk mengurangkan fobia, belajar membaca, membentuk  kemahiran sosial dan psikologi, menggantikan tekanan dengan ketenangan serta pembelajaran kemahiran-kemahiran intelek, sosial dan fizikal yang kompleks.

Murid belajar bergaul sesama mereka.

 Murid belajar membaca dengan baik.

Oleh sebab itu, model ini menumpukan kepada tingkah laku yang dapat diperhati dan tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan kepada murid. Maka model ini mempunyai asas penyelidikan yang luas (Joyce, Calhoun dab Hopkins, 2002). Antara model dalam kumpulan model pengajaran behavioral termasuklah model pembelajaran sosial (Bandura, 1961), model pembelajaran masteri (Bloom, 1968) dan pengajaran langsung (Good et al.,1994).

Salam Ramadhan 1431H


Kami SYAZAFFAR, penulis blog ini mengucapkan SALAM RAMADHAN dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pengunjung blog ini. Semoga puasa kali ini lebih bermakna dan mendapat keberkatan daripada Allah swt. Banyakkan amal  ibadah dalam bulan puasa ini dan terutama solat sunat Terawih. Berpuasalah dengan ikhlas dan senyum selalu...