Jumaat, 20 Ogos 2010

Prinsip-prinsip Pembelajaran Masteri

Antara prinsip-prinsip Pembelajaran Masteri adalah:
  1. Semua murid normal dapat menguasai apa-apa yang diajar oleh guru.
  2. Pembelajaran dibahagikan kepada unit-unit kecil di mana pengetahuan disusun daripada mudah kepada sukar supaya murid faham.
  3. Masa yang diperuntukkanmencukupi dan fleksibel.
  4. Guru berkeyakinan bahawa semua pelajar yang berbeza boleh menguasai apa-apa yang dipelajari.
  5. Guru merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.
  6. Mempelbagaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat menguasai dalam masa singkat.

Pembelajaran Masteri Mengikut Pandangan Ahli Psikologi

Bloom, 1968
Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu yang diajar. Pembelajarn masteri juga berasaskan falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh berkeyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pempelajarannya

Anderson dan Block, 1975
Satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten. Tambahan, idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran serta memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria yang jelas.

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri merupakan satu kaedah pengajaran secara individu yang menggunakan kurikulum berstruktur yang dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan dan kemahiran yang akan dipelajari. Pembelajaran ini direka bentuk bagi memastikan semua pelajar mencapai objektif pelajaran dan membolehkan masa yang mencukupi untuk setiap pelajar mencapainya.

Model masteri memastikan majoriti pelajar sampai ke tahap masteri kerana masa pembelajaran adalah fleksibel dan setiap pelajar menerima pengajaran yang dirancang, latihan yang diperlukan dan maklum balas. Pembelajaran masteri melibatkan pengajaran berasaskan kumpulan tradisional, pemulihan dan pengayaan secara individu.