Selasa, 24 Ogos 2010

ANALISIS MODEL BEHAVIORAL MENGGUNAKAN TEKNIK SWOT

S   : Strengths (Kekuatan)             

W  : Weakness (Kelemahan)                   
O   : Opportunities (Peluang)
T   : Threats (Ancaman)

Model Pengajaran
S
W
O
T

Sistem Behavioral

Murid diajar secara langsung oleh guru dalam menguasai beberapa kemahiran sehingga benar-benar faham dan mendapat panduan secara individu oleh guru secara menyeluruh sekiranya gagal untuk memahami.


Pembelajaran akan lebih berpandu, mendatar dan kadang-kala mungkin akan membosankan murid kerana guru mahu pembelajaran hari itu benar-benar dikuasai oleh murid.

Murid dapat mengambil peluang ini untuk belajar secara bersungguh-sungguh dan sekiranya kurang memahami pembelajaran yang disampaikan, murid boleh bertanya secara lebih mendalam kepada guru.

Guru dan murid perlu mempunyai kerjasama yang baik dalam memberi dan menerima ilmu. Sekiranya guru dan murid mempunyai masalah dalam berkomunikasi, sukar bagi sesuatu pembelajaran itu berjalan lancar.

Ahli-ahli Psikologi Yang Berkaitan Dengan Model Behavioral.

BURRHUS FREDERIC SKINNER (B.F.SKINNER)

B.F. Skinner dilahir pada 20 Mac 1904 dan meninggal dunia pada 18 Ogos 1990. 

Beliau menerima "Bachelor of Art" ( B.A.) sastera Inggeris pada tahun 1926 dari Hamilton College dan menghabiskan beberapa waktu sebagai penulis berjuang sebelum mencari tulisan-tulisan Watson dan Pavlov. 

Terinspirasi oleh karya-karya ini, Skinner memutuskan untuk meninggalkan kerjaya sebagai seorang novelis dan memasuki program pasca sarjana psikologi di Harvard University. Menurut Skinner (1953) kajiannya menunjukkan pelaziman operan organisma bertindakbalas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran. Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas. Peneguhan biasanya dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.

Kerjaya

Pada tahun 1945, B.F Skinner berpindah ke Bloomington, Indiana dan menjadi Ketua Jabatan Psikologi di University of Indiana. Pada tahun 1948 pula jabatannya bergabung dengan jabatan psikologi di Harvard University di mana beliau berkerja di situ sehingga beliau meninggal. Beliau menjadi salah satu pemimpin dari bidang behaviorisme dan karyanya memberikan sumbangan dalam bidang psikologi eksperimental. Antara sumbangan beliau adalah termasuklah tempat 'Skinner', tempat di mana tikus belajar untuk mendapatkan makanan dengan menekan sebuah tuil.

Anugerah


* 1968 - National Medal of Science dari Presiden Lyndon B. Johnson
* 1971 - Pingat Emas dari Yayasan American Psychological
* 1972 - Manusia Award Tahun
* 1990 - Citation untuk Sumbangan Lifetime Posisi untuk Psikologi



EDWARD LEE THORNDIKE
Edward Lee Thorndike dilahirkan 31 Ogos 1874 di Williamsburg, Massachusetts.  Beliau adalah anak seorang pendeta Methodist di Lowell, Massachusetts. Pada 29 Ogos 1900, beliau berkahwin Elizabeth Moulton dan mereka dikurniakan lima orang anak. Belaiy meninggal dunia pada 9 Ogos 1949. 


Beliau adalah seorang psikologi Amerika yang menghabiskan hampir seluruh karya di Teachers College, Columbia University. Karyanya pada perilaku binatang dan proses belajar menyebabkan teori connectionism dan membantu meletakkan asas sains untuk psikologi pendidikan moden. 

Pendidikan

Thorndike telah lulus Sekolah Latin Roxbury pada 1891 di West Roxbury, Massachusetts dan mendapat Ijazah Sarjana Mudanya di Wesleyan University pada 1895. Pada 1897, beliau telah memperolehi Ijazah Sarjananya di Harvard University dan Ph. D di Columbia University pada tahun 1898. Setelah lulus, Thorndike kembali ke bidang awalnya, Pendidikan Psikologi. 

Pada tahun 1937, Thorndike menjadi Presiden ke-2 Persatuan Psikometri, mengikuti jejak Louis Leon Thurstone yang telah membentuk masyarakat dan syarikat jurnal Psychometrika tahun sebelumnya. 


Teori yang dikemukakan oleh Thorndike:
  • Manusia belajar menggunakan kaedah cuba dan ralat.
  • Ganjaran dan denda faktor penting membantu pembelajaran manusia.
  • Pembelajaran manusia berlaku mengikut hubungan antara ransangan dan gerak balas.
  • Motivasi, ganjaran dan denda amat penting dalam proses pembelajaran.
Beliau juga mengemukakan teori perikatan dikenali sebagai Teori R-G ( Ransangan dan Gerak balas)Teori R-G menjadi asas tiga hukum Thorndike iaitu :
  • Hukum Kesediaan (HK).
    • Kesediaan dari segi psikomotor, efektif, kognitif sebelum boleh belajar.
  • Hukum Latihan dan (HL) 
    • Latihan yang diulang-ulang untuk tingkatkan kemahiran.
  • Hukum Kesan (HK) 
    • Kesan yang menyeronokkan meningkatkan pertalian antara ransangan dan gerak balas


JAMES D. WATSON

Ames Dewey Watson (lahir April 6, 1928) adalah seorang ahli biologi molekul Amerika dan zoologi, yang dikenali sebagai salah satu CO-penemu struktur DNA bersama Francis Crick, pada tahun 1953. 

James Dewey Watson dilahirkan di Chicago, Illinois, pada 6 April, 1928. Sebagai satu-satunya anak James D. Watson, pengusaha, dan Jean Mitchell. Ayahnya adalah keturunan Scotland. Ibunya Lauchlin Mitchell, seorang tukang jahit dari Glasgow,

Beliau belajar di Universiti Chicago dan Indiana University. Kemudian bekerja di Universiti Cambridge Cavendish Laboratory di mana beliau pertama kali bertemu rakan masa depannya dan teman peribadinya, Francis Crick. 
Teori yang dikemukakan:
  • Ahli psikologi pertama menggunakan perkataan “behaviorisme”
  • Sangat dipengaruhi model pelaziman klasik Pavlov.
  • Perbezaan antara manusia ialah pengalaman.
  • Pengalaman yang baik boleh diubah menjadi pengalaman yang buruk.
  • Rangsangan yang didedahkan dan jenis gerak balas akan mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Implikasi Terhadap P&P

Jenis Model Pengajaran
Contoh
Huraian
Implikasi terhadap
Pengajaran dan
Pembelajaran dalam
bilik darjah

Model Behavioral

Pengajaran Langsung

Model ini berarahkan guru di mana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran.


Kaedah ini agak sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai untuk pengajaran yang melibatkan penerokaan dan penemuan.


Pembelajaran masteri

Model ini
digunakan untuk
menyesuaikan
pengajaran dimana
faktor perbezaan
individu diambil
kira.


Dalam kaedah ini isi
pelajaran disusun
daripada mudah
kepada kompleks
sebelum disampaikan
kepada murid-murid
agar murid dapat
mengikuti pengajaran
guru mengikut kadar
kecekapan masing-
masing.


Model Pembelajaran Masteri

Model Pembelajaran Masteri yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum

Prinsip-prinsip Pembelajaran Masteri

Antara prinsip-prinsip Pembelajaran Masteri adalah:
  1. Semua murid normal dapat menguasai apa-apa yang diajar oleh guru.
  2. Pembelajaran dibahagikan kepada unit-unit kecil di mana pengetahuan disusun daripada mudah kepada sukar supaya murid faham.
  3. Masa yang diperuntukkanmencukupi dan fleksibel.
  4. Guru berkeyakinan bahawa semua pelajar yang berbeza boleh menguasai apa-apa yang dipelajari.
  5. Guru merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.
  6. Mempelbagaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat menguasai dalam masa singkat.

Pembelajaran Masteri Mengikut Pandangan Ahli Psikologi

Bloom, 1968
Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu yang diajar. Pembelajarn masteri juga berasaskan falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh berkeyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pempelajarannya

Anderson dan Block, 1975
Satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten. Tambahan, idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran serta memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria yang jelas.

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri merupakan satu kaedah pengajaran secara individu yang menggunakan kurikulum berstruktur yang dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan dan kemahiran yang akan dipelajari. Pembelajaran ini direka bentuk bagi memastikan semua pelajar mencapai objektif pelajaran dan membolehkan masa yang mencukupi untuk setiap pelajar mencapainya.

Model masteri memastikan majoriti pelajar sampai ke tahap masteri kerana masa pembelajaran adalah fleksibel dan setiap pelajar menerima pengajaran yang dirancang, latihan yang diperlukan dan maklum balas. Pembelajaran masteri melibatkan pengajaran berasaskan kumpulan tradisional, pemulihan dan pengayaan secara individu.



Khamis, 19 Ogos 2010

Prinsip-prinsip Pengajaran Langsung


rajah menunjukkan prinsip-prinsip Pengajaran Langsung


Terdapat 6 prinsip-prinsip dalam Pengajaran Langsung iaitu:

  1. Pengenalan / Review
    • Topik atau maklumat yang akan disampaikan kepada murid.
    • Mengkaji semula maklumat yang disusun untuk pembelajaran.
  2.  Perkembangan
    • Guru memberi penerangan, huraian, contoh atau model tentang apa-apa yang akan dipelajari dengan jelas.
    • Semak pemahaman murid melalui penyoalan.
  3. Amalan terbimbing
    • Peluang kepada murid untuk melatih apa-apa yang diharapkan oleh mereka untuk dikuasai.
    • Guru pantau aktiviti atau tugasan yang diberikan.
  4. Penutup
    • Guru mengakhiri pelajaran dengan merumuskan apa-apa yang telah diajar.
  5. Latihan kendiri
    • Tugasan-tugasan diberikan untuk mengukuhkan pembelajaran tanpa bantuan guru.
  6. Penilaian
    • Kemajuan pelajar dinilai untuk menentukan tahap-tahap penguasaan.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Aspek-aspek Pengajaran Langsung

Boleh diterangkan dalam tiga(3) aspek iaitu:

  1. Jenis pembelajaran pelajar.
  2. Aliran aktiviti pengajaran.
  3. Persekitaran pembelajaran
Pengajaran langsung dibentuk untuk merangsang pembelajaran pengetahuan pelajar yang distrukturkan serta diajar secara langkah demi langkah. Pengajaran jenis ini berpusatkan guru dan mengandungi lima(5) langkah iaitu:
  • Penentuan set
  • Penerangan/demonstrasi
  • Praktis/latihan terbimbing
  • Maklum balas
  • Amalan /praktis lanjutan
Maka, pengajaran ini bertujuan mencapai dua hasil pembelajaran utama, iaitu penguasaan kandungan berstruktur dan penguasaan pelbagai kemahiran.




contoh pembelajaran berpusatkan guru

Zig Engelmann Discusses Direct Instruction (Pengajaran Langsung)



Khamis, 12 Ogos 2010

Pengajaran Langsung

Pengajaran langsung merupakan satu pendekatan untuk pengajaran kemahiran-kemahiran asas, di mana pelajaran terarah matlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur. 

Berdasarkan Arends (2001), pengajaran langsung adalah satu cara berkesan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiran asas kepada murid. Jenis pengajaran yang terarah dan mengikut satu struktur tetap dengan langkah-langkah spesifik untuk membimbing pelajar ke arah mencapai hasil pembelajaran yang eksplisit. 

Guru akan mengekalkan kawalan lokus terhadap proses pengajaran dan memantau pembelajaran pelajar sepanjang proses. Keistimewaan pengajaran langsung termasuklah menyampaikan maklumat yang banyak dalam masa tertentu. 

Oleh sebab model ini terarah guru, maka guru mereka cipta perkembangan pengajaran yang sesuai dengan umur pelajar dan berperingkat-peringkat.






Sistem Behavioral

Umumnya berasaskan teori pembelajaran sosial, modifikasi tingkah laku dan terapi tingkah laku memberi hala tuju kepada pembentukan model pengajaran. Mengambil kira pengetahuan tentang cara manusia memberi respons terhadap tugas-tugas dan maklum balas, ahli psikologi seperti Skinner (1953) telah dapat mengorganisasikan satu struktur tugasan dan maklum balas demi memudahkan manusia berkebolehan dalam membetulkan diri supaya dapat berfungsi. Hasil daripada itu, terdapat program untuk mengurangkan fobia, belajar membaca, membentuk  kemahiran sosial dan psikologi, menggantikan tekanan dengan ketenangan serta pembelajaran kemahiran-kemahiran intelek, sosial dan fizikal yang kompleks.

Murid belajar bergaul sesama mereka.

 Murid belajar membaca dengan baik.

Oleh sebab itu, model ini menumpukan kepada tingkah laku yang dapat diperhati dan tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan kepada murid. Maka model ini mempunyai asas penyelidikan yang luas (Joyce, Calhoun dab Hopkins, 2002). Antara model dalam kumpulan model pengajaran behavioral termasuklah model pembelajaran sosial (Bandura, 1961), model pembelajaran masteri (Bloom, 1968) dan pengajaran langsung (Good et al.,1994).

Salam Ramadhan 1431H


Kami SYAZAFFAR, penulis blog ini mengucapkan SALAM RAMADHAN dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pengunjung blog ini. Semoga puasa kali ini lebih bermakna dan mendapat keberkatan daripada Allah swt. Banyakkan amal  ibadah dalam bulan puasa ini dan terutama solat sunat Terawih. Berpuasalah dengan ikhlas dan senyum selalu...

Sabtu, 31 Julai 2010

Salam Pengenalan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Murid dan Alam Belajar merupakan salah satu kursus yang diambil oleh pelajar PISMP Sem. 2 IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Kursus ini berkodkan EDU 3013 dan dikendalikan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan. Blog ini dihasilkan bagi memenuhi soalan tugasan yang meminta pelajar untuk menghasilkan satu 'E-buletin' berasaskan sistem blog tentang Teori Pembelajaran dan Model Pembelajaran iaitu berkenaan 4 Teori Pembelajaran dan 4 model pengajaran

4 Teori Pembelajaran:

  • Teori Pembelajaran Behavioris
  • Teori Pembelajaran Kognitif
  • Teori Pembelajaran Konstruktivis
  • Teori Pembelajaran Sosial

4 Model Pengajaran:

  • Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat
  • Model Pengajaran Sistem Behavioral
  • Model Pengajaran Sosial
  • Model Pengajaran Personal
Sehubungan itu, blog ini akan lebih menekankan kepada Model Pengajaran iaitu Model Pengajaran Sistem Behavioral. Semoga maklumat atau nota yang dipaparkan dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar memahami Model Pengajaran Sistem Behavioral khususnya dan model pengajaran secara amnya.