Khamis, 12 Ogos 2010

Sistem Behavioral

Umumnya berasaskan teori pembelajaran sosial, modifikasi tingkah laku dan terapi tingkah laku memberi hala tuju kepada pembentukan model pengajaran. Mengambil kira pengetahuan tentang cara manusia memberi respons terhadap tugas-tugas dan maklum balas, ahli psikologi seperti Skinner (1953) telah dapat mengorganisasikan satu struktur tugasan dan maklum balas demi memudahkan manusia berkebolehan dalam membetulkan diri supaya dapat berfungsi. Hasil daripada itu, terdapat program untuk mengurangkan fobia, belajar membaca, membentuk  kemahiran sosial dan psikologi, menggantikan tekanan dengan ketenangan serta pembelajaran kemahiran-kemahiran intelek, sosial dan fizikal yang kompleks.

Murid belajar bergaul sesama mereka.

 Murid belajar membaca dengan baik.

Oleh sebab itu, model ini menumpukan kepada tingkah laku yang dapat diperhati dan tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan kepada murid. Maka model ini mempunyai asas penyelidikan yang luas (Joyce, Calhoun dab Hopkins, 2002). Antara model dalam kumpulan model pengajaran behavioral termasuklah model pembelajaran sosial (Bandura, 1961), model pembelajaran masteri (Bloom, 1968) dan pengajaran langsung (Good et al.,1994).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan